GEMPAR!!! Akhirnya Uqasha Senrose Dedahkan Siapa Yang Bakal Menjadi Teman Hidupnya?

Ramai yang membuat spekulasi yang mereka sedang bercinta apatah lagi Tengku Bakar telah menganjurkan majlis hari jadi Uqasha dengan cukup meriah sekali.
Walaubagaimanapun, Uqasha menjelaskan beliau tiada hubungan istimewa dengan Tengku Bakar dan mereka berdua hanya berkawan serta masih mengenali hati budi masing-masing.
Kami masih dalam peringkat berkawan. Seperti orang lain, kami juga cuba mengenali hati budi masing-masing. Saya tahu bunyinya seperti klise, tetapi itulah yang saya boleh katakan. Selagi tidak diketahui jodoh dengan sesiapa, kita juga akan sentiasa kenal orang baharu.
Uqasha juga enggan komen lebih lanjut mengenai perkembangan hubungan mereka sebelum ini kerana tidak mahu terlalu memberitahu perkara yang belum tentu penghujungnya.
Tambah Uqasha, beliau sebenarnya sudah tiga tahun mengenali Tengku Bakar tetapi semakin rapat sejak enam bulan lepas.
Hendak dikatakan hubungan ini serius, jujur saya memang tidak berani berbuat begitu. Saya juga bimbang pisang berbuah dua kali. Saya enggan dikecewakan sekali lagi. Justeru saya selesa menganggap hubungan ini sebagai hanya kawan.

0 Response to "GEMPAR!!! Akhirnya Uqasha Senrose Dedahkan Siapa Yang Bakal Menjadi Teman Hidupnya?"

Post a Comment