Pelakon Johan As'ari tidak malu mengaku dia pernah hanyut dengan populariti selepas membintangi drama rantaian, Juvana, kira-kira lima tahun lalu. Malah, Johan makin 'laris' selepas memenangi trofi Artis Baharu Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2011. Namun, Johan bersyukur, akhirnya dia sedar menjadi anak seni bukan sekadar mencari glamor, sebaliknya mempunyai tanggungjawab kepada masyarakat melalui bidang lakonan. "Saya 'dibasuh' abang-abang senior dalam industri. Mereka menasihatkan saya supaya lebih fokus kepada karier seni. Saya akui, ketika itu banyak cerita negatif mengenai saya yang berkait kisah cinta dan masalah disiplin. "Tapi saya tidak anggap mereka cuba mencampuri urusan peribadi, tapi mereka memberi nasihat kerana sayangkan bakat seni saya. "Sejak itu saya muhasabah diri dan kembali mencari rentak dalam bidang ini. Saya juga cuba dapatkan naskhah drama dan telefilem yang mampu mencabar lakonan saya," katanya. Kembali bangkit dalam industri, Johan menganggap masih banyak yang perlu dilakukan terutama dalam meningkatkan mutu lakonan.
MENGEJUTKAN!!! Johan Asaari Dah Tak Laku???

0 Response to "MENGEJUTKAN!!! Johan Asaari Dah Tak Laku??? "
Post a Comment