PUNCA SEBENAR ADLIN DITAHAN!!! LIHAT REAKSI IBU ADLIN (GAMBAR)!!!




PELAKON, Adlin Aman Ramlie pada sidang media mengenai Kes Penipuan Hartanah di Sri Pentas, Damansara. - Foto Aziah Azmee PETALING JAYA: Pelakon, Adlin Aman Ramlie, 44, hari ini tampil menafikan tuduhan dia ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung sindiket penipuan hartanah, baru-baru ini. Adlin berkata, beliau sebaliknya hanya diminta hadir ke balai polis untuk membantu siasatan dan dibenarkan pulang dalam tempoh kurang 24 jam. Beliau juga menyifatkan dirinya dieksploitasi oleh syarikat pelaburan tidak sah demi kepentingan mereka, selain memohon semua pihak agar tidak terpengaruh dengan khabar angin bertebaran di media sosial. "Benar saya pernah bekerjasama dengan syarikat pelaburan terbabit, namun sebagai undangan khas untuk majlis dan acara. "Tujuan saya mengadakan sidang media pada hari ini bagi menjelaskan salah faham yang timbul selepas saya diminta hadir membantu siasatan. "Khabar angin yang mengatakan saya direman empat hari adalah tidak benar sama sekali," kata yang mengadakan sidang media khas di Sri Pentas, Bandar Utama, di sini. Adlin bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung isu itu kerana ia masih dalam siasatan pihak berkuasa. Sebelum ini laporan media menyebut anak kepada pelakon veteran Ruminah Sidek itu antara individu yang ditahan polis dipercayai bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan kerugian melebihi RM10 juta.



0 Response to "PUNCA SEBENAR ADLIN DITAHAN!!! LIHAT REAKSI IBU ADLIN (GAMBAR)!!!"

Post a Comment