Satu Malam Aku Memandu Ditemani 'Benda' Itu Di Highway Plus....

Satu Malam Aku Memandu Ditemani 'Benda' Itu Di Highway Plus



Sedia maklum, makhluk halus itu sememangnya wujud. Namun hanya orang-orang tertentu sahaja yang boleh melibat kelibat-kelibat makhluk halus.

Kisah ini diceritakan oleh lelaki ini berdasarkan pengalamannya sendiri apabila dia diekori makhluk halus ketika dalam perjalanan pulang dari bercuti bersama keluarga.

Baca kisah selanjutnya.

Aku nak cerita sikit pengalaman aku sendiri pada malam Ahad (8 Ogos 2016) di Highway Plus dari Ipoh menghala ke Kuala Lumpur. Maaf kalau cerita aku ini buat korang rasa tak selesa atau takut. Tetapi itulah, aku nak cerita juga sebab maklumlah pertama kali terkena hal seperti ini. 

Ceritanya, weekend semalam aku ada family trip 3 hari 2 malam ke Pulau Langkawi. Bertolak dari Puncak Alam pada Jumaat petang dengan dua buah kereta. Cerita yang aku nak beritahu ini sebenarnya ialah masa perjalanan balik dari Alor Setar sampailah ke Puncak Alam ini. 

Maghrib Ahad itu, bermulalah perjalanan kami sekeluarga dari Kuala Kedah ke Puncak Alam. Sudah tentu sekali kena lalu Highway Plus, kena lalu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan barulah sampai ke Selangor kan. Entah macam mana aku terlupa nak baca doa, even doa naik kenderaan pun aku terlupa nak baca! Excited punya pasal agaknya pada masa itu, excited nak upload gambar di Instagram juga agaknya. Jangan bash, memang salah aku. 


Masa awal perjalanan di Kedah dan Pulau Pinang, keadaan masih normal lagi. Pada masa ini, bukan aku yang memandu. Aku cuma penumpang sahaja. Bila sampai di Perak dan Rnr Sungai Perak, abang ipar aku dah rasa mengantuk gila. Jadi, kitorang pun exchange tugas. Abang ipar aku tidur sebab dah penat sangat. Abang aku pula memandu kereta abang ipar aku. JAdi aku kena pandu kereta abang aku. Dari sinilah kejadiannya bermula. 

Bermula dari RnR Sungai Perak lagi aku rasa tak yakin dan takut walaupun aku tak tahu apa benda yang aku takutkan itu. Aku memang ada masalah lemah semangat tetapi bukan bermaksud aku ini penakut. Selepas saja terowong di Ipoh itu, kemudian lalu Tol Jepang kalau tak silap dan sampailah ke Simpang Pulai, aku dah boleh kira aku dah termasuk dalam 'game' benda ini. 

Jam 1 pagi lebih, aku memandu perlahan di area Simpang Pulai ini dan terpandang satu menara pencawang elektrik voltan tinggi di sebelah kanan. Aku perhatikan ada satu benda putih seperti layang-layang tersangkut di atas pencawang itu. Curious punya pasal, aku pun tenunglah benda itu lama-lama untuk memastikan apa benda yang tersangkut itu sampailah kereta yang dipandu lalu di tepi pencawang itu. 

"Ahh! Sudah!!!" 

'Benda' itu terjun turun dari pencawang, melompat dan terbang mengikut arah kereta aku. Masa itu aku dah tak boleh buat apa-apa, hanya mampu memecutkan kereta sambil baca surah-surah dalam hati sebab mulut aku memang terkunci pada masa itu, tergamam. 

0 Response to "Satu Malam Aku Memandu Ditemani 'Benda' Itu Di Highway Plus...."

Post a Comment