GEMPAR!!! Erul Sepi Dalam Dunia Seni Kerana Terkena Penyakit Misteri???



Kesabaran Erul EF sudah tidak terbendung lagi apabila syarikat rakaman yang memayunginya tidak melakukan sebarang usaha untuk memajukan kerjaya seninya.
Lantas penyanyi yang dilahirkan menerusi program realiti Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) itu melontarkan hasrat untuk berundur daripada syarikat itu.
Bagaimanapun, dalam situasi pendapatan daripada sumber nyanyian yang tidak menentu, dia diminta membayar sejumlah wang pampasan kerana kontraknya belum tamat.
“Kontrak akan tamat Februari tahun depan tetapi selama hampir dua tahun bersama syarikat rakaman itu, saya hanya ada satu single berjudul Lebih Dari Kata.
Dalam menghadapi situasi kerjaya yang tidak menentu itu, insan yang selama ini menjadi tulang belakang dan kekuatannya iaitu bapanya pula meninggal dunia.
Dugaan terus menimpanya apabila dia mengalami penyakit misteri tetapi dia sudah sembuh sepenuhnya.
“Selepas ketiadaan bapa, puas saya mencari kekuatan diri. Pada satu ketika saya fikir mahu berhenti daripada dunia nyanyian dan berhasrat memohon kerja sebagai pramugara.
“Dalam keadaan terumbang-ambing itu saya terjumpa penerbit GSR (Global Solution Resources Sdn Bhd) iaitu Amie Zhu. Dia yang saya panggil ‘mummy’ banyak memberikan semangat dan sokongan. Dia tidak benarkan saya undur diri daripada dunia seni kerana katanya saya berbakat besar.

0 Response to "GEMPAR!!! Erul Sepi Dalam Dunia Seni Kerana Terkena Penyakit Misteri??? "

Post a Comment